Maklumat perubatan di Bing diperoleh daripada rakan kongsi kandungan perubatan yang dipercayai dan graf pengetahuan Bing. Maklumat tentang kebanyakan masalah perubatan disemak oleh panel pakar perubatan.
Maklumat tentang ubat-ubatan di Bing diperoleh daripada First Databank dan laman web perubatan yang lain. Focus Medica menyediakan maklumat tentang masalah perubatan, gejala, ujian dan prosedur. Maklumat ini disemak oleh panel pakar perubatan. Ahli panel tidak menyemak istilah carianBing khusus atau hasil yang dipaparkan untuk istilah tersebut. Ahli panel pada masa ini termasuk:
Apabila anda mencari maklumat perubatan, anda mungkin melihat bahagian yang dipanggil ‘Orang lain juga mencari.’ Maklumat ini diperoleh daripada tingkah laku carian dan graf pengetahuan kami.
Jika anda mencari gejala, anda mungkin melihat bahagian yang dipanggil ‘Masalah kesihatan berkaitan.’ Bahagian ini diperoleh daripada tingkah laku carian dan graf pengetahuan kami. Kami menyemak keputusan ini untuk mencari keterkaitan.
Bing mendapatkan sumber data dalam bahasa Inggeris daripada pihak ketiga dan menterjemahkannya. Kami juga menggunakan data daripada laman web perubatan khusus pasaran untuk menambah maklumat apabila sesuai. Terjemahan maklumat perubatan adalah bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan, bukan sebagai nasihat perubatan. Kami tidak boleh menjamin ketepatan sepenuhnya.
Maklumat perubatan di Bing bukan bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan dan tidak terpakai pada setiap orang. Hubungi pembekal penjagaan kesihatan jika anda mempunyai kebimbangan perubatan. Sekiranya berlaku kecemasan perubatan, hubungi doktor anda atau nombor kecemasan tempatan dengan segera.
Jika anda mempunyai maklum balas tentang maklumat perubatan di Bing, gunakan pautan maklum balas di bahagian bawah mana-mana halaman.
Maklumat perubatan hanya disediakan untuk topik yang paling banyak dicari dan bukan bermaksud sebagai senarai menyeluruh bagi masalah perubatan atau rawatan.